Herba Pembersih Wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
- Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
- Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
- Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari.
Cara membuat larutan herba:
- Rendam satu uncang dalam air panas 500 ml selama 10 minit atau untuk larutan yang lebih kuat; didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 mint.
- Biar larutan sejuk sehingga suam sebelum menggunanya atau tuang ekstrak yang panas ke dalam besen bulat dan campurkannya dengan 1 liter air.
- Letakkan besen dalam bingkai mangkuk tandas dan duduk dalam larutan itu, rendamkan vagina.
- Setiap uncang boleh diguna dua kali.
Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.
Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada
tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
- Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
- Herba-herba antikeradangan seperti Tumericdomestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
- Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
Arahan: Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
- Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
- Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
- Guna sebagai air mandian.
Campuran Peramping Perut: Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen. Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
- Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
- Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.
bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
Awas: Jangan guna jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.
Cara menyedia:
- Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes.
- Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
- Guna bengkung untuk hasil yang lebih baik.
- Bersihkan pes selepas membuka bengkung.
Urut Herba: Menyingkirkan angin danmerehatkan badan. Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
- Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
- Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.
Catatan: Elakkan minyak daripada terkena pakaian kerana tanda boleh wujud akibat warna semula jadi herba.
Campuran Penghangat Badan: Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki
- Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
- Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.
Cara menyedia:
- Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
- Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
- Biar kering atau seeloknya selama dua hingga tiga jam sebelum membersihkannya.
Campuran Penenang: Menenang dan menyamankan dahi
- Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
- Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi, elakkan kawasan mata.
Cara menyedia:
- Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya menjadi pes yang pekat.
- Sapu pada dahi.
- Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.
Minyak Bayi: Melegakan angin dan kembung
Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
- Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
- Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
- Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
- Menyamankan kulit bayi.
- Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
Arahan: Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada perut bayi. Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi.
Awas: Elakkan minyak daripada terkena mata dan bahagian sulit bayi. Elakkan terkena pada pakaian kerana ia boleh mengotorkan akibat warna semula jadi herba.