Untuk Dimakan


Teh Herba: Membersihkan Sistem

Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan  penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.


Arahan:  Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Bru satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu Manuka, jika mahu


Lepas Bersalin 1: Memulih Tenaga Dan Menggalakkan Laktasi

• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba.
Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

Lepas Bersalin 2: Membantu Ibu Baru Mendapatkan Semula Susuk Badannya

Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Arahan: Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.