Soalan yang biasa ditanya berkenaan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs
Apakah jenis minyak yang digunakan dalam minyak urut?
Semua minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan. Pewangi tiruan tidak digunakan dalam perumusannya.
Siapa harus menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs?
Ia dihasilkan untuk ibu-ibu baru yang ingin
- Menguatkan, memejal dan meramping badan apabila mereka sembuh selepas bersalin.
- Untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
- Penyelesaian penjagaan selepas bersalin yang lengkap dan menyenangkan serta mudah digunakan.
- Menggunakan penyelesaian herba yang menggunakan herba-herba yang distandardkan terbukti kemujaraban dan keberkesanannya.
Bagaimana saya dapat mengetahui penggunaan semua komponen Bersalin Tropical Herbs?
Buku Kecil Arahan Penggunaan yang komprehensif dalam 3 bahasa disertakan dalam setiap set.
- Ia menerangkan tentang ramuan, faedahnya, kaedah dan tempoh penggunaan setiap produk dengan jelas.
- Carta Penggunaan juga disertakan supaya anda boleh mengisi tarikh anda bermula dan mengikuti perkembangan bila anda perlu mengguna setiap produk.
Bolehkah saya mengambil semua produk ini jika saya masih menggunakan amalan budaya saya sendiri?
Ya, sudah tentu. Sedikit pengubahsuaian boleh dibuat mengikut yang diingini jika anda memakan jumlah herba penghangat yang banyak dimasak bersama makanan anda.
Adakah perlu menggunakan Bengkung Set Lepas Bersalin Tropical Herbs?
Ia akan menawarkan hasil yang lebih baik apabila diguna bersama Campuran Peramping Perut. Ia akan membantu dalam
- Penyembuhan dan perampingan otot-otot abdomen.
- Pemejalan dan perampingan kulit yang teregang antara bahagian dada dan atas peha.
- Membantu mengembalikan bentuk badan anda.
Bagaimana saya boleh tahu Bengkung Set Lepas Bersalin Tropical Herbs muat untuk saya?
- Ia direka dengan dua barisan lelubang agar anda boleh memilih menggunakan barisan (A) jika anda lebih besar atau barisan (B) jika anda lebih kurus.
- Panjang bengkung dan tali pengikat yang mencukupi telah disediakan supaya muat dengan saiz yang agak besar.
- Bengkung membaluti badan dan boleh diubah dengan mudah.
- Wanita yang bersaiz lebih kecil boleh memendekkan tali pengikat supaya muat dengan saiz tubuh mereka.