Wednesday, September 12, 2012

Teruskan Mengambil Vitamin Pra - Natal

Meneruskan pengambilan vitamin pranatal ketika menyusui bagus untuk memastikan anda memperolehi vitamin dan mineral penting. Pemulihan selepas bersalin memerlukan nutrien dan tenaga terutamanya untuk ibu. Oleh itu, keperluan untuk nutrien tambahan seperti zat besi, kalsium dan asid folik meningkat untuk mengembalikan bekalan zat ibu. Contohnya, kehilangan darah ketika bersalin menyebabkan kekurangan zat besi.
Tambahan pula bekalan susu meningkatkan permintaan nutrien oleh tubuh yang kini memerlukan 1000 miligram setiap hari. Pengambilan asid folik yang mencukupi ketika menysui adalah penting untuk melindungi kesihatan ibu dan bayi. Jika pengambilan dietri dan bekalan folat ibu sangat rendah sebelum dan semasa mengandung, paras folat dalam darah akan dikurangkan untuk mengekalkan paras folat dalam susu badan.

Pulihkan Tenaga Anda Segera Dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

0 comments:

Post a Comment