Wednesday, September 12, 2012

Tiada Bahan Kimia Untuk Tujuh Hari Pertama

Lakukan yang terbaik untuk mengelakkan diri daripada menelan atau mendedahkan tubuh kepada sebarang bahan kimia buatan manusia untuk sekurang-kurangnya tujuh hari pertama selepas bersalin untuk hasil pemulihan yang maksimim. Bahan kimia mengganggu keupayaan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan dirinya. Jika anda boleh menjauhkan diri daripada bahan kimia selama 30 - 40 hari, pemulihan anda akan menjadi lebih kuat.

Walaupun kebanyakkan orang mengaitkan kebersihan dengan kesihatan, kebanyakkan produk pencucian komersial menghilangkan kotoran tetapi meninggalkan bahan kimia berbahaya. Anda mungkin mahu menukar produk pencucian anda kepada yang semulajadi. Larutan pencucian tradisional iaitu mencampurkan cuka dengan air memang hebat. Jika anda memerlukan kuasa pencucian tambahan, tambahkan saja serbuk penaik ke dalam larutan tersebut. Pernahkah anda mencubanya? Ia pencuci yang hebat dan semulajadi sepenuhnya.

Pulihkan Tenaga Anda Segera Dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Teruskan Mengambil Vitamin Pra - Natal

Meneruskan pengambilan vitamin pranatal ketika menyusui bagus untuk memastikan anda memperolehi vitamin dan mineral penting. Pemulihan selepas bersalin memerlukan nutrien dan tenaga terutamanya untuk ibu. Oleh itu, keperluan untuk nutrien tambahan seperti zat besi, kalsium dan asid folik meningkat untuk mengembalikan bekalan zat ibu. Contohnya, kehilangan darah ketika bersalin menyebabkan kekurangan zat besi.
Tambahan pula bekalan susu meningkatkan permintaan nutrien oleh tubuh yang kini memerlukan 1000 miligram setiap hari. Pengambilan asid folik yang mencukupi ketika menysui adalah penting untuk melindungi kesihatan ibu dan bayi. Jika pengambilan dietri dan bekalan folat ibu sangat rendah sebelum dan semasa mengandung, paras folat dalam darah akan dikurangkan untuk mengekalkan paras folat dalam susu badan.

Pulihkan Tenaga Anda Segera Dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Mengekalkan Kehangatan Teras Anda

Seorang ibu baru mesti mengelakkan tubuhnya dari terkena sejuk yang mungkin akan melambatkan proses pemulihannya. Untuk membolehkan suhu tubuh meningkat secara progresif dan konsisten dalam tempoh empat hingga enam minggu yang pertama selepas bersalin, beliau harus memastikan teras tubuhnya hangat. Pakai pakaian berlapis-lapis atau seperti rompi. Jika berasa terlalu panas, lapisan tambahan tersebut boleh ditanggalkan. Bengkung merupakan pakaian bersalin yang bagus. Ia bukan saja membantu mengekalkan kehangatan teras tetapi juga membantu tubuh menyingkirkan lebihan air, lemak dan angin yang tidak lagi diperlukan untuk menyokong bayi yang sedang membesar.

Pulihkan Tenaga Anda Segera Dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Beberapa Hari Pertama

Untuk beberapa hari pertama selepas bersalin, ketika masih dihospital, ambil perhatian atas saranan berikut. Tubuh anda berada dalam keadaan sejuk dengan suhu dalaman sedikit dibawah paras normal 37C. Oleh itu haba yang masih ada mesti dilindungi daripada terdedah kepada perubahan suhu yang mendadak yang mungkin akan menurunkan lagi suhu dalaman tubuh. Oleh yang demikian, pastikan bilik anda tidak terlalu sejuk, pakai stoking atau penutup kaki sepanjang masa dan ambil minuman panas atau pada suhu bilik dan makanan 'panas' mengikut kepercayaan dan amalan berpantang tradisional anda.

Pulihkan Tenaga Anda Segera Dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs

Memulihkan Dan Mengembalikan Tenaga Selepas Bersalin

Sejurus selepas bersalin, seorang ibu akan kehilangan banyak tenaga. Sudah menjadi lumrah kebanyakkan ibu akan memberi tumpuan untuk menjaga bayi mereka yang baru lahir. Namun begitu ibu baru harus memberikan tubuh mereka penjagaan khusus selepas bersalin dan ketika menyusui. Dengan berbuat demikian, mereka akan mengenbalikan tenaga dan menguatkan tubuh mereka untuk menjalani proses pemulihan setelah sembilan bulan mengandung diikuti dengan kelahiran. Apabila seorang ibu itu faham bahawa beliau juga mesti menjaga dirinya, beliau mampu menjaga dan menikmati masa bersama bayinya dengan lebih baik.

Pulihkan Tenaga Anda Segera Dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs