Kehamilan adalah saat-saat yang sangat istimewa dalam kehidupan seorang wanita. Penjagaan pemakanan dan badan serta rehat yang mencukupi adalah sangat penting kerana si ibu sedang membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan untuk bayi yang sedang membesar. Penjagaan selepas bersalin juga sama pentingnya kerana seseorang ibu baru perlu mendapatkan semula tenaga dan kecergasannya serta menjaga bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan budaya Asia, tempoh berpantang adalah waktu apabila si ibu dijaga sehingga sihat, biasanya dengan kombinasi makanan terpilih, herba-herba dan amalan-amalan tradisional yang lain.
Set Lepas Bersalin Tropical Herbs menawarkan penyelesaian yang menyenangkan untuk penjagaan selepas bersalin. Ia dibuat daripada herba-herba tropika yang terkenal dengan ciri-ciri pemulihan yang dicari-cari di seluruh dunia kerana faedah uniknya.
Set ini mengandungi 10 produk campuran herba yang dirumus khas untuk menguat dan mengukuhkan tubuh dan mempercepatkan proses penyembuhan bagi ibu-ibu baru. Herba-herba yang diguna dalam Set Lepas Bersalin Tropical Herbs telah pun diguna secara tradisional dan terbukti secara saintifik kerana keberkesanan dan keselamatannya
Kandungan
• Teh Herba (10 uncang)
• Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
• Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)
• Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
• Herba Mandian (20 uncang)
• Campuran Peramping Perut (20 paket)
• Campuran Penghangat (15 paket)
• Campuran Penenang (15 paket)
• Minyak Urut Herba (60 ml)
• Minyak Bayi (60 ml)