Seorang ibu baru mesti mengelakkan tubuhnya dari terkena sejuk yang mungkin akan melambatkan proses pemulihannya. Untuk membolehkan suhu tubuh meningkat secara progresif dan konsisten dalam tempoh empat hingga enam minggu yang pertama selepas bersalin, beliau harus memastikan teras tubuhnya hangat. Pakai pakaian berlapis-lapis atau seperti rompi. Jika berasa terlalu panas, lapisan tambahan tersebut boleh ditanggalkan. Bengkung merupakan pakaian bersalin yang bagus. Ia bukan saja membantu mengekalkan kehangatan teras tetapi juga membantu tubuh menyingkirkan lebihan air, lemak dan angin yang tidak lagi diperlukan untuk menyokong bayi yang sedang membesar.
Pulihkan Tenaga Anda Segera Dengan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs
0 comments:
Post a Comment